Video Misteri Dalam Internet

Posting kali ni aku akan kongsi beberapa video misteri dalam internet, dan aku akan ulas sedikit berdasarkan pandangan aku. Sama ada benar atau tidak, itu adalah terpulang kepada sang pencipta yang maha esa. Oleh itu, kita harus sentiasa beriman kepadanya. Kalau anda nak percaya atau tidak percaya, terpulanglah atas interpretasi tuan dan puan sendiri.

Misteri Binatang Halimunan

Video Misteri Dalam Internet

Sesiapa yang pernah tengok cerita Alien vs Predetor pasti akan dpt gambaran mengenai video ni. Kelihatan seperti binatag atau manusia atau sosok seperti samar samar hilang atau invisible chrome yang blend dengan environment hutan tu. Aku sediakan gif video yang siap zoom dekat mahluk ni bergerak . Perhatikan pegerakkannya.

Video Misteri Dalam Internet

Pelancong Masa

Video Misteri Dalam Internet

Kalau perhatikan betul-betul video ini, kita dapat lihat bagaiman orang lelaki yang sedang berjalan menyapa seseorang yang menghadap kearah belakang. Apabila beliau menoleh, kelihatan tiada sesiapa namun selepas itu, satu tiang (atau gate besi) yang hampir melanggarnya. Seperti kelihatan orang lelaki misteri ini mampu meramal masa depan dan menghalang lelaki yang berdiri di tepi jalan tersebut daripada ditimpa kecelakaan.

Video ini, boleh kemungkinan diedit ataupun adalah lakonan semata-mata, oleh itu sukar untuk percaya akan kontent seperti ini.

 

Pari-Pari Kecil Misteri

Video Misteri Dalam Internet

Faries dalam bahasa englishnya, dan pari-pari dalam bahasa melayu merupakan mahluk kecil (kebiasaanya) diperlihatkan dalam klip video litar tertutup ini. Kemungkinan juga boleh jadi ini adalah pintasan cahaya atau light reflection.
Namun kalau dalam pandangan aku, tidak nampak seperti pintasan cahaya, mungkin benar? atau tidak. Entahla..

Mahluk Raksasa

Penampakan sosok raksasa

Video ini diambil dari seorang lelaki yang membuat live melalui paltform facebook dan rakammannya dapat menangkap satu video lembaga raksasa yang besar dan laju. Dapat diperhatikan di akhir gif diaatas apabila mahluk tersebut lalu dibawah lampu jalan (atau lampu laman) kelihatan sebuah tubuh badan misteri yang sedang berjalan. Sepertinya video ini nampak real dan amat menakutkan.

UFO?

Misteri UFO

Klip diatas nampak seperti klip yang biasa dan normal namun kalau diperhatikan di bahagian atas nampak seperti sebuah kapal angkasa ataupun UFO (mungkin dalam bentuk V) yang melintas. Tapi tidak dapat dipastikan sama ada ini adalah kapal angkasa mahluk asing atau kawanan burung. Ataupun ianya adalah awan tetapi klip video tersebut telah dimanipulasi dan dipercepatkan supaya kelihatan seperti laju pergerakkannya.

Setakat ini sahaja yang dapat aku kongsikan, kalau ada yang lebih menarik lagi, nanti pasti ada posting terbaru.
Terima Kasih.

Categorized in: