Misteri Siaran terganggu

Misteri Siaran terganggu dan keluar gambar misteri

Seorang telah melaporkan bahawa terdapat siaran tergangu apabila sedang menonton siaran “Only Fools & Horses” pada jam 5 :30 pada 24 Julai yang lalu. Namun apa yang misterinya adalah pada masa siaran terganggu tersebut, terpapar sebuah gambar orang yang hilang dan diikuti dengan sebuah nombor namun tidak menunjukkan nama orang yang hilang tersebut. Apa yang juga peliknya ialah gambar tersebut seperti gambar lama dari tahun 80’an atau 90’an dan tidak mempunyai apa apa informasi lain selain gambar dan nombor.

Selain daripada itu, terdepat user yang lain mendakwa nombor tersebut merupakan nombor daripada negara Ireland ataupun orang Irish. Dia turut mendakwa telah cuba untuk membuat panggilan terhadap nombor tersebut tetapi hanya masuk ke dalam voicemail nombor tersebut. Apa yang lebih misteri adalah, voicemail tersebut disertakan dengan sebuah suara yang pelik dan menakutkan.

Apa pendapat anda tentang misteri siaran tergangu ini, adakah ianya sebuah prank atau memang betul berlaku? Wallahualam.

Categorized in: