Huraikan pendapat anda tentang cara-cara untuk melahirkan remaja cemerlang.

Pada alaf digital yang mendepani ombak globalisasi ini, negara kita telah pesat membangun dan bangunan yang mencakar langit telah didirikan bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Namun demikian, pembangunan kerohanian tidak mengalami transformasi yang ketara secara anjakan paradigma. Untuk merealisasikan wawasan 2020, Misi Nasional atau Satu Malaysia, kerajaan perlu menjalankan pembangunan erohanian untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, terutamanya golongan remaja kerana mereka merupakan tonggak negara yang bakal menerajui cerucuk kepimpinan di negara kita.

Untuk melahirkan remaja yang cemerlang, ibu bapa memainkan peranan yang prioriti. Menurut Hadis, anak diibaratkan kain putih yang akan dicorakkan oleh ibu bapanya. Lantaran itu, ibu bapa yang bertanggungjawab dan memiliki ilmu keibubapaan berupaya mencanai insan yang gemilang, jika memiliki ilmu keibubapaan, sudah tentu akan menjadi model atau suri teladan kepada anak mereka dalam amalan membaca kerana ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Kita tahu amalan membaca perlu dipupuk sejak kecil lagi, persis peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Ibu bapa perlu memastikan anak mereka menerima ajaran agama dan nilai-nilai murni di rumah. Ibu bapa perlu membimbing anak mereka menjalankan sola sembahyang dan mengaji kitab-kitab suci. Golongan muda perlu memiliki keimanan yang teguh untuk menjauhi segala godaan dan nafsu. Pemuda dan pemudi yang berbudi bahasa, bertanggungjawab dan berjati diri dapat melahirkan masyarakat sakinat yang diidam-idamkan. Dengan kata lain, ibu bapa perlu membentuk anak remaja yang berakhlak mulia untuk melahirkan masyarakat penyayang menjelang wawasan 2020. Untuk melunaskan hasrat negara, modal insan yang kreatif dan kritis merupakan komponen yang signifikan.

Guru perlu menggalakkan murid selalu mengemukakan idea mereka. pertandingan reka cipta robotik, laman web, dan fesyen serta lain-lain lagi perlu diadakan. Secara tidak langsung, pihak sekolah dan warga didik tidak boleh lagi bergantung pada buku teks sahaja tetapi perlu bersikap terbuka untuk melatih anak buah mereka untuk mencetuskan idea yang kreatif dan kritis. Jika murid sudah didedahkan dengan amalan kreatif dan kritis, apabila mereka meninggalkan bangku sekolah kelak, golnogan ini akan menjadi masyarakat pencipta pekerjaan, bukan bergantung pekerjaan makan gaji sahaja.

Ibu bapa perlu memasttikan anak mereka senantiasa menjaga kebersihan dan mengamalkna pemakanan seimmbang seperti kriteria dalam piramid makanan. Sehubungan dengan itu, putera dan puteri yang sedang berjuang dalam medan ilmu dapat menjauhi penyakit kronik dan penyakit berjangkit. Badan cergas otak cerdas. Fizikal yang sihat akan membentuk semangat kental dan waja diri untuk menghadapi pancaroba dalam gelombang globalisasi. Natijahnya, ibu bapa dan pihak sekolah perlu menitikberatkan kesihatan dan kekuatan fizikal anak muda kita. Sementelahan, pihak sekolah perlu mengaturkan strategi yang terancang untuk melahirkan pemimpin yang berwibawa.

Sebagai kesimpulan, bak kata peribahasa, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara, golongan muda perlu dicanai supaya menjadi modal insan yang cemerlang. Ibu bapa dan guru memainkan peranan yang terpenting untuk mencapai aspirasi tersebut. William J. Siegel berkata, “Manusia tidak merancang untuk gagal tetapi mereka gagal merancang.” Oleh itu, selain peranan ibu bapa dan sekolah, menjadi tanggungjawab sendiri menjadi remaja yang cemerlang. Segala-galanya terletak kepada diri sendiri, sebab hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Categorized in: